Monday, 1 April 2013

Buku Anggaran Kos (SMM2)




·         Buku ini disediakan sebagai teks rujukan khusus untuk pelajar-pelajar program Ukur Bahan, pengurusan pembinaan, ukur bangunan, senibina dan kejuruteraan awam.

·         Kandungan buku ini mengambil kira silibus untuk kursus anggaran kos bangunan di semua IPTA Malaysia. Ia juga boleh dijadikan bahan rujukan untuk para kontraktor, perunding, pemaju atau orang awam yang berkaitan.

·        Buku ini dimulakan dengan penerangan tentang kontraktor, prinsip-prinsip anggaran kos dan pengurusan sumber di tapak bina.

·         Seterusnya penyediaan anggaran kos dibincangkan dengan terperinci dengan menunjukkan contoh analisis harga dan kadar harga  umtuk hamper semua jenis kerja dalam pembinaan sesebuah bangunan.

·         Perbincangan anggaran kos ini termasuk juga penerangan cara pengukuran kerja yang berdasarkan kehendak SMM 2 dan cara pembinaan kerja berkenaan untuk membantu pelajar menyediakan kadar harga yang betul.

·         Bahagian akhir buku ini adalah berkenaan cara meletak harga dalam dokumen tender dan perihal penyerahan dokumen tersebut untuk pertimbangan klien seterusnya.

·         Penerangan dalam Bahasa Melayu yang mudah beserta denga rajah, jadual dan contoh kerja yang mencukupiakan lebih memudahkan pemahaman pelajar tentang tajuk yang dibincangkan.

·          Bagaimana penerangan untuk item dalam contoh-contoh kerja dituliskan dalam Bahasa Inggersi supaya pelajar dapat membiasakan diri dengan amalan sebenar dalam industri pembinaan pada masa kini.

Saturday, 30 March 2013

ILUSTRASI 3D SEBUAH PERUMAHAN







Tangga


·         Tangga merupakan sebahagian penting dalam pembinaan bangunan

·         Tangga merupakan perhubungan atau laluan naik turun yang mudah antara satu tingkat dengan tingkat yang lain dalam satu bangunan

·         Pemilihan jenis tangga bergantung beberapa faktor antaranya ialah :

         a)      Kegunaan tangga
         b)      Ruang bukaan bagi tangga yang dibina
         c)      Ukuran naik dan curam yang dikehendaki

·         Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi

·         Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu :

a)      Tangga larian lurus

·         Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat kepada satu tingkat yang lain dalam satu arah

·         Untuk tangga larian lurus yang panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya senang dan selesa untuk didaki

·         Penggunaan tangga larian lurus memberikan rupa bentuk yang paling mudah dan murah dalam kerja pembinaan tangga




b)     Tangga suku pusingan

·      Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat naik dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh 90(suku pusingan ) dipertengahnya

·      Ia amat sesuai untuk ruangan yang terhad







c)      Tangga separuh pusingan

·    Meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat naik dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui 1800 (separuh pusingan) dipertengahnya

·         Kedua-dua deretan anak tangga adalah selari dan menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua deretan anak tangga

·         Amat sesuai sebagai tangga awam terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan pejabat yang bertingkat





d)     Tangga geometri

·      Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga berterusan yang disusun mengelilingi tupang tengah menjadi satu anak tangga keliling

·      Memerlukan lantai yang kecil tetapi kegunaannya adalah terhad dan tidak sesuai untuk memindahkan barang – barang besar seperti perabot kerana kesempitan anak tangga





·      Boleh dibina daripada bahan seperti :

a)      Kayu
b)      Batu
c)      Bata
d)      Konkrit
e)      Konkrit atau logam dan dikemaskan dengan kayu



Kerja Bawah Aras Lantai (WBLFF)


   
Tujuan asas ialah untuk:
1.    Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tapak tanah yang lebih luas.
2.    Mengelak bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.
3.    Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu.
4.    Menambahkan kestabilan bangunan yang merendahkan pusat gravitinya  inilah sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah. 
Jenis-jenis asas dan fungsinya 
Asas Pad
·      Digunakan secara meluas kerana kelebihannya dari segi ekonomi dan pembinaan. Asas ini sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan.

·       Pada dasarnya, asas ini dibina sekurang-kurangnya 600mm tebal tembok. 300mm untuk tembok yang mempunyai penapak. Manakala tebal konkritnya sama dengan tebal tembok.
 
Asas Jalur
·      Digunakan utnuk menyokong dua tiang di mana satu daripadanya terletak berhampiran dengan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunan lain yang sedia ada.
Asas Alas Tiang
·      Dikenali juga sebagai asas pad. Dalam pembinaan ringan yang berangka, asas jenis ini sesuai digunakan untuk menyokong tiang-tiangnya. Ia terletak di atas lapisan tanah yang yang mempunyai keupayaaan tanggung yang mencukupi ataupun di atas cerucuk jika tanahnya jenis tanah gambut.
Asas Bertangga 
·      Asas ini dibuat berupa tangga utnuk menyesuaikan kedudukan tapak yang curam disamping mengawal kos pembinaan bangunan.
·       Pembinaannya perlu mematuhi peraturan yang berikut:

-  Tiap-tiap anak tangga hendaklah seragam
-  Naiknya hendaklah seragam dan sebaik-baiknya tidak melebihi 1 meter
-  Cerucuk konkrit diadakan pada hadapan tangga yang paling bawah untuk        mencegah asas  daripada tergelincir      

Asas Rakit

·      Apabila sesebuah bangunan yang didirikan si atas tanah yang keupayaan tanggungnya rendah maka beberapa langkah boleh diambil.

·      Salah satu langkah yang diamalkan ialah dengan mengeluarkan tanah yang lembut dari keseluruh tapak dan kemudian membina konkrit bertetulang pada tapak berkenaan sebagai asas.

·       Ia sesuai digunakan untuk bangunan besar yang berat terutamanya bangunan yang mempunyai tingkat bawah tanah. Pembinaannya meliputi keseluruhan kawasan bangunan
Asas Cerucuk

·      Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain biasanya alas tiang ataupun rakit.

·      Ia terbahagi kepada dua iaitu;

·      Cerucuk Tanggung - Cerucuk ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras berupaya menanggung bebannya. Ia merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Jarak diantara cerucuk-cerucuk berdasarkan kepada saiz cerucuk dan bahan yang digunakan.


·      Cerucuk Geseran - cerucuk ini ditanggung oleh daya geseran diantara tanah dan permukaan cerucuk. Jarak diantara cerucuk-cerucuk ini hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerucuk
Elemen ini bergantung kepada jenis bangunan yang digunakan.
·         Kerja ini adalah elemen pertama yang dibuat dalam pembinaan.
·         Peraturan mengukur dalam elemen ini :

i.      Kerja-kerja penggalian

·      Kerja penggalian ini termasuklah kerja-kerja penyediaan tapak, penggalian, pembuangan tanah dan penimbusan balik tempat yang digali. Pengukuran dimulakan dengan memberi keterangan keadaan tanah di mana kerja-kerja pembinaan akan dilaksankan.

·      Seterusnya, kawasan tapak hendaklah terlebih dahulu dibersihkan dengan membuang tumbuh-tumbuhan, tunggul-tunggul dan sebagainya daripada tapak bina sebelum kerja pembinaan dimulakan.

·         Kedalaman penggalian diklasifikasikan adalah :

a)      Tidak melebihi 0.25 meter
b)     1.0 meter
c)      2.0 meter
d)     4.0 meter

·         Kerja penggalian yang terlibat adalah seperti :

a)        Penggalian asas pad – meter padu (m3)

b)       Penggalian parit untuk asas jalur – meter padu (m3)

c)        Penggalian untuk rasuk bawah    – meter padu (m3)
d)       Penggalian untuk lantai bawah    – meter persegi (m2)


ii.    Kerja-kerja konkrit

Kerja konkrit yang terlibat adalah seperti :

a)        Asas  – meter padu (m3)
b)       Tiang Sambut – meter padu (m3)
c)         Rasuk Bawah – meter padu (m3)
d)        Lantai Bawah – meter padu (m3)

iii.  Acuan konkrit

·         Acuan konkrit diukur  ke atas permukaan siap konkrit iaitu permukaan acuan yang bersentuh dengan konkrit tanpa apa-apa tambahan untuk pembaziran  dan sebagainya. Acuan konkrit untuk rasuk bawah diukur hanya sisi sahaja.

·          Semua kerja acuan ini diukur dalam meter persegi sekiranya tinggi sisi melebihi 1.00 meter tetapi jika  tidak melebihi  1.00 meter tinggi,diukur dalam meter linear dengan menyatakan tinggi dalam kategori tidak melebihi 250mm, 250mm – 500mm dan 500mm -  1.00m.

iv.    Keluli tetulang

a)        Bar tetulang

·         Pengukuran bar tetulang dibuat dalam  meter linear dan ditukar ke kilogram atau tonne.

b)       Tetulang jejaring

·         Pengukuran tetulang ini dibuat dalam meter persegi dengan menerangkan hal jejaring, berat per meter persegi dan takat pertindihan sisi dan hujung.

v.      Dinding bata

·         Dinyatakan dalam seksyen G dalam SMM2. Ianya diklasifikasikan sebagai asas dan diukur berasingan daripada kerja-kerja bata di bahagian lain.

·         Dinding bata diukur dalam meter persegi dan tebalnya dinyatakan dalam keterangan.

vi.    Hadkor

·         Ianya merupakan lapisan asas termasuk di dalam jenis kerja-kerja penambunan untuk menaikkan aras. Sekiranya ketebalan hadkor melebihi 250mm, kerja ini diukur dalam meter padu. Sekiranya kurang diukur dalam meter persegi dan dinyatakan purata ketebalannya.

vii.              Membren kalis lembap

·         Pengukurannya dibuat dalam meter persegi sekiranya lebar tutupannya melebihi 300mm. Jika tutupan kurang daripada 300mm lebarnya, diukur dalam meter linear dengan dinyatakan kelebarannya di peringkat 150mm.