Saturday, 30 March 2013

Kerja Bawah Aras Lantai (WBLFF)


   
Tujuan asas ialah untuk:
1.    Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tapak tanah yang lebih luas.
2.    Mengelak bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.
3.    Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu.
4.    Menambahkan kestabilan bangunan yang merendahkan pusat gravitinya  inilah sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah. 
Jenis-jenis asas dan fungsinya 
Asas Pad
·      Digunakan secara meluas kerana kelebihannya dari segi ekonomi dan pembinaan. Asas ini sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan.

·       Pada dasarnya, asas ini dibina sekurang-kurangnya 600mm tebal tembok. 300mm untuk tembok yang mempunyai penapak. Manakala tebal konkritnya sama dengan tebal tembok.
 
Asas Jalur
·      Digunakan utnuk menyokong dua tiang di mana satu daripadanya terletak berhampiran dengan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunan lain yang sedia ada.
Asas Alas Tiang
·      Dikenali juga sebagai asas pad. Dalam pembinaan ringan yang berangka, asas jenis ini sesuai digunakan untuk menyokong tiang-tiangnya. Ia terletak di atas lapisan tanah yang yang mempunyai keupayaaan tanggung yang mencukupi ataupun di atas cerucuk jika tanahnya jenis tanah gambut.
Asas Bertangga 
·      Asas ini dibuat berupa tangga utnuk menyesuaikan kedudukan tapak yang curam disamping mengawal kos pembinaan bangunan.
·       Pembinaannya perlu mematuhi peraturan yang berikut:

-  Tiap-tiap anak tangga hendaklah seragam
-  Naiknya hendaklah seragam dan sebaik-baiknya tidak melebihi 1 meter
-  Cerucuk konkrit diadakan pada hadapan tangga yang paling bawah untuk        mencegah asas  daripada tergelincir      

Asas Rakit

·      Apabila sesebuah bangunan yang didirikan si atas tanah yang keupayaan tanggungnya rendah maka beberapa langkah boleh diambil.

·      Salah satu langkah yang diamalkan ialah dengan mengeluarkan tanah yang lembut dari keseluruh tapak dan kemudian membina konkrit bertetulang pada tapak berkenaan sebagai asas.

·       Ia sesuai digunakan untuk bangunan besar yang berat terutamanya bangunan yang mempunyai tingkat bawah tanah. Pembinaannya meliputi keseluruhan kawasan bangunan
Asas Cerucuk

·      Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain biasanya alas tiang ataupun rakit.

·      Ia terbahagi kepada dua iaitu;

·      Cerucuk Tanggung - Cerucuk ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras berupaya menanggung bebannya. Ia merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Jarak diantara cerucuk-cerucuk berdasarkan kepada saiz cerucuk dan bahan yang digunakan.


·      Cerucuk Geseran - cerucuk ini ditanggung oleh daya geseran diantara tanah dan permukaan cerucuk. Jarak diantara cerucuk-cerucuk ini hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerucuk
Elemen ini bergantung kepada jenis bangunan yang digunakan.
·         Kerja ini adalah elemen pertama yang dibuat dalam pembinaan.
·         Peraturan mengukur dalam elemen ini :

i.      Kerja-kerja penggalian

·      Kerja penggalian ini termasuklah kerja-kerja penyediaan tapak, penggalian, pembuangan tanah dan penimbusan balik tempat yang digali. Pengukuran dimulakan dengan memberi keterangan keadaan tanah di mana kerja-kerja pembinaan akan dilaksankan.

·      Seterusnya, kawasan tapak hendaklah terlebih dahulu dibersihkan dengan membuang tumbuh-tumbuhan, tunggul-tunggul dan sebagainya daripada tapak bina sebelum kerja pembinaan dimulakan.

·         Kedalaman penggalian diklasifikasikan adalah :

a)      Tidak melebihi 0.25 meter
b)     1.0 meter
c)      2.0 meter
d)     4.0 meter

·         Kerja penggalian yang terlibat adalah seperti :

a)        Penggalian asas pad – meter padu (m3)

b)       Penggalian parit untuk asas jalur – meter padu (m3)

c)        Penggalian untuk rasuk bawah    – meter padu (m3)
d)       Penggalian untuk lantai bawah    – meter persegi (m2)


ii.    Kerja-kerja konkrit

Kerja konkrit yang terlibat adalah seperti :

a)        Asas  – meter padu (m3)
b)       Tiang Sambut – meter padu (m3)
c)         Rasuk Bawah – meter padu (m3)
d)        Lantai Bawah – meter padu (m3)

iii.  Acuan konkrit

·         Acuan konkrit diukur  ke atas permukaan siap konkrit iaitu permukaan acuan yang bersentuh dengan konkrit tanpa apa-apa tambahan untuk pembaziran  dan sebagainya. Acuan konkrit untuk rasuk bawah diukur hanya sisi sahaja.

·          Semua kerja acuan ini diukur dalam meter persegi sekiranya tinggi sisi melebihi 1.00 meter tetapi jika  tidak melebihi  1.00 meter tinggi,diukur dalam meter linear dengan menyatakan tinggi dalam kategori tidak melebihi 250mm, 250mm – 500mm dan 500mm -  1.00m.

iv.    Keluli tetulang

a)        Bar tetulang

·         Pengukuran bar tetulang dibuat dalam  meter linear dan ditukar ke kilogram atau tonne.

b)       Tetulang jejaring

·         Pengukuran tetulang ini dibuat dalam meter persegi dengan menerangkan hal jejaring, berat per meter persegi dan takat pertindihan sisi dan hujung.

v.      Dinding bata

·         Dinyatakan dalam seksyen G dalam SMM2. Ianya diklasifikasikan sebagai asas dan diukur berasingan daripada kerja-kerja bata di bahagian lain.

·         Dinding bata diukur dalam meter persegi dan tebalnya dinyatakan dalam keterangan.

vi.    Hadkor

·         Ianya merupakan lapisan asas termasuk di dalam jenis kerja-kerja penambunan untuk menaikkan aras. Sekiranya ketebalan hadkor melebihi 250mm, kerja ini diukur dalam meter padu. Sekiranya kurang diukur dalam meter persegi dan dinyatakan purata ketebalannya.

vii.              Membren kalis lembap

·         Pengukurannya dibuat dalam meter persegi sekiranya lebar tutupannya melebihi 300mm. Jika tutupan kurang daripada 300mm lebarnya, diukur dalam meter linear dengan dinyatakan kelebarannya di peringkat 150mm.







No comments:

Post a Comment