Saturday 30 March 2013

Bumbung

·      Untuk bumbung kayu curam, komponen boleh dibahagikan kepada :

1)      struktur bumbung
·      Biasanya mengandungi komponen :
a)   Plat dinding
b)   Kasau biasa dan pendek
c)    Kasau miring dan lurah
d)   Perabung
e)   Gelegar siling dan alang

2)   Tupang
·       Dikategorikan kepada 2 bahagian :
a)   Pitched roofs including ceiling joist
b)   Kerbs , bearers , and the like including plates , sleepers  and lintols

3)       penutup bumbung
·      Termasuk :
a)   Genting rabung miring , penutup khas
b)   Penebat haba
c)    Talang lurah

·      Terkandung dalam section L : Roofing
·      Penerangan termasuklah jenis , kualiti , saiz dan cara pemasangan genting dan jenis baten
·      Diukur dalam meter ( m)
·      Penebat haba untuk menahan haba (m2)
    (nyatakan jenis , ukuran pertindihan dan cara pemasangan)
 
4)   Papan cucur dan sisi atap
·      Mengandungi komponen :

a)   Papan tampang bawah cucur atap
b)   Papan tampang bawah sisi atap
c)    Tumpu kasau
d)   Tumpu sisi

·      Terkandung dalam Section M : Woodwork
·      Dikategorikan sebagai Boarding and Flooring
·      Diukur dalam 1 item (m) dan dinyatakan saiz

5)   Pemasangan kemudahan air hujan
·      Mengandungi komponen :
a)      Talang cucur atap dan kelengkapan berkaitan
b)     Paip air hujan dan kelengkapan berkaitan

·       Terkandung dalam  section Q : Plumbing and Mechanical Engineering Installation
·      Kerja talang cucur atap (m) , pengukuran termasuk kelengkapan , cabang dan talang pendek
·      Kelengkapan paip – nombor

c)      Kerja- kerja cat
·      Kerja mengecat  perlu diasingkan – kerja luaran dan dalaman
·      Penerangan – jenis, kualiti cat , cat kemas  dan cara mengecat
·      Permukaan melebihi 300 mm – meter persegi ( m2)
·      Permukaan tidak melebihi 300 mm – (m) 









·      Bumbung memainkan peranan yang penting di dalam struktur sebuah rumah. selain daripada menjadi pelindung daripada cuaca panas dan hujan, bentuk bumbung memberikan nilai estetika sesebuah rumah.  

·      Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu :-
1. Bumbung Rata 
  • mempunyai kecerunan kurang daripada 10%. Kasaunya merentang antara tembok, rasau ataupun kekuda dengan jarak 2 hingga 4 meter dari tetengah untuk menyokong gulung- gulung.
2. Bumbung Curam
  • mempunyai kecerunan melebihi 10% dari garisan ufuk.
  • Bumbung curam didapati dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah :-
    1. Bumbung Tebang Layar
    2. Bumbung Limas
    3. Bumbung Gambriel
    4. Bumbung Layang
    5. Bumbung Mansard

CONTOH :



PEMILIHAN BUMBUNG
·      Pemilihan bumbung adalah bergantug kepada faktor- faktor berikut:
  1. Jenis bangunan
  2. Ketahanlasakan
  3. Rintangan kepada haba
  4. Perlindungan cahaya
  5. Kecantikan
  6. Ekonomi
  7. Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan

KEKUDA BUMBUNG
·      Kekuda bumbung adalah digunakan untuk menyokong bumbung yang tergantung pada panjang rentang, kecerunanbumbung dan bahan penutup bumbung.

·      Beban bumbung akan dipindahkan ke gelegar dengan sekata sebelum dipindahkan ke kekuda bumbung. Gelegar adalah anggota yang disambungkan antara kekuda dengan kekuda yang lain.

·      Kekuda bumbung akan disokong samada oleh tiang (besi, konkrit dsb)  atau dinding.


PENUTUP BUMBUNG
·      Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang kalis air. Bahan- bahan yang digunakan untuk membuat penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum, pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.
i. Genting Konkrit 
·      Genting konkrit diperbuat daripada campuran pasir, air, simen dan pigmen2 tambahan seperti pewarna.

·       Ia melalui proses pengeringan biasa (tanpa pembakaran) didalam suhu sekitar 60 darjah celcius.
·       Ia sangat kukuh boleh dihantar ketapak dan dipasangkan hanya beberapa hari sahaja selepas dikeringkan.



ii. Genting Tanah Liat
·      Genting tanah liat telah lama gigunakan sebagai penutup bumbung rumah. Genting tanah liat diperbuat daripada tanah liat dan dikeringkan melalui proses pembakaran. Genting jenis ini selain daripada memaparkan nilai estetik tetapi sangat tahan lama dan kurang kerja penyelenggaraan. 

 iii. Kepingan Bumbung Keluli
·      Kepingan bumbung Keluli biasanya diperbuat daripada zink (zincalume), aluminium atau campuran kedua-duanya.

·       Penutup bumbung jenis ini sangat ringan, fleksibel dan terdapat pelbagai profil serta warna pilihan.


5 comments:

  1. terima kasih bnyk2 kerna menulis article nie...bg yg baru nk berjinak2 buat sndri...dlm kos hidyp yg koi tinggi ni...terbaik lah tuan...teruskan lg kongsi ilmu2 ni

    ReplyDelete