Saturday 30 March 2013

Lantai Atas



·      Lantai atas yang selalu digunakan di Malaysia adalah  ialah lantai atas konkrit tetulang.

·      Pengukuran bagi elemen ini terdiri daripada :

                                i.            Konkrit
                              ii.            Acuan konkrit
                            iii.            Keluli tetulang

i. kerja-kerja konkrit

·      konkrit di situ untuk lantai atas diukur dalam meter padu.

·       Pengukuran termasuklah rasuk berdiri dan tebalnya dinyatakan sama ada tidak melebihi  100mm – 150mm, 150mm – 300mm atau melebihi 300mm.

·      Tebal yang dinyatakan hanyalah untuk tebal lantai sahaja dan tidak termasuk unjuran. Konkrit di situ untuk lantai atas diukur sepenuhnya dengan menembusi rasuk.

ii. Acuan konkrit

·      Acuan konkrit tampang bawah lantai atas diukur dalam meter persegi.

·       Acuan ke tampang bawah yang lebih tinggi memerlukan tupang yang besar dan panjang dan oleh sebab itu, jika ketinggian tampang bawah melebihi 3.50 meter, pengukurannya dibuat berasingan dengan menyatakan ketinggian mengikut peringkat 1.50 meter.

·      Sekiranya tebal konkrit melebihi 200mm, acuan konkrit ke tampang bawah item tersebut diukur berasingan dalam meter persegi dan tebalnya dinyatakan dalam peringkat 100mm



iii. Bar tetulang

a)      Bar Tetulang

·      klasifikasi bar keluli untuk lantai atas termasuk juga bar keluli di dalam berkembar, rasuk berdiri, bendul dan lintal.

·      Bar keluli diukur dalam kilogram atau tonne.

b)     Jejaring Tetulang

·      Jejaring keluli diukur dalam meter persegi dengan menyatakan jenis jaring berat per meter persegi.





















No comments:

Post a Comment