Saturday 30 March 2013

Pengenalan Anggaran Kos

 
·      Penyediaan anggaran kos ialah satu proses yang penting dalam perlaksanaan projek. Ia akan disediakan oleh Perunding Ukur Bahan yang bertindak sebagai panduan atau rujukan kepada pihak klien yang bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan dan kepada pihak arkitek yang akan menyediakan rekabentuk bangunan.
·      Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan didalam meyediakan anggaran awal iaitu seperti berikut:
a)      Kaedah Unit
b)     Kaedah Keluasan Lantai (KLK)
c)      penilaian unit (unit valuation)
d)     Kaedah Kepungan Tingkat @ Enclosed Storey

          i.     KAEDAH UNIT

·      Kaedah yang paling awal digunakan. Ia juga dikenali sebagai anggaran mengikut fungsi bangunan dimana anggaran kos disediakan berdasarkan unit pendudukan.

·      Contoh yang boleh diambil ialah seperti bilangan katil di hospital, bilangan jemaah di masjid, bilangan kerusi penonton di stadium atau pewagam dan bilangan pelajar di sekolah.

Contoh pengiraan adalah seperti berikut.
·      Katakan kos per jemaah dalam pembinaan sesuatu masjid ialah RM 1,000.00 per jemaah. Kapasiti masjid yang hendak dibina ialah untuk menampung seramai 500 orang. Jadi kos anggaran awal berpandukan kaedah unit ialah dengan RM 1,000.00 x 500 orang =RM 500,000.00

        ii.     KAEDAH KELUASAN LANTAI BANGUNAN (FLOOR AREA)

·      Satu lagi cara untuk mendapatkan anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan itu ialah dengan menggunakan cara luas lantai bangunan tersebut. Sebagaimana yang diketahui, luas ialah panjang daraf lebar.

·       Oleh yang demikian, sama juga caranya untuk mendapatkan luas sesebuah bangunan itu dengan mendarafkan ukuran panjang bangunan dengan lebar bangunan.

·      Ukuran panjang dan lebar bangunan itu hendaklah diambil dari permukaan luar dindingnya.


Contohnya : 20 m x 10 m = 200 m²


·      Untuk mendapatkan harga anggaran bagi bangunan tersebut terlebih dahulu hendaklah diketahui harga satu meter persegi bangunan yang lain, dimana cara pembinaan dan rekabentuk bangunan itu sama seperti bangunan yang hendak dianggarkan.

·       Ini hanya boleh diketahui melalui pengalaman-pengalaman yang lalu.

·      Katakan dari pengalaman di masa lalu harga bagi satu meter persegi sesebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk yang sama ialah RM 1500.00 . maka harga anggaran bagi bangunan yang luasnya 200 meter persegi ialah RM 1500.00 x 200 m² = RM 300 000.00

·      Selain daripada harga luas lantai bangunan itu, harga beberapa perkara lain hendaklah juga ditambah atau dijumlahkan dengan harga luas bangunan tersebut.

·      Perkara-perkara tersebut ialah seperti kerja-kerja parit luar bangunan, pagar, jalan, lanskap dan lain-lain kerja luar bangunan.

·       Jadi harga bagi tiap-tiap perkara yang disebut itu hendaklah dicampurkan dengan harga luas bangunan tersebut untuk mendapatkan harga keseluruhan bagi kerja-kerja pembinaan tersebut.

      iii.     PENILAIAN UNIT (UNIT VALUATION)

·      Cara membuat anggaran seperti ini ialah dengan menggunakan kelengkapan-kelengkapan atau perkakas-perkakas yang ada atau yang terdapat di dalam sesebuah bangunan.

Contoh kelengkapan-kelengkapan tersebut ialah :

·      Jika sesebuah sekolah itu pernah dinilaikan sebanyak RM 1 000 000.00 dan boleh menampung 1000 orang murid, maka harga untuk menempatkan satu meja murid bagi sekolah tersebut ialah sebanyak RM 1 000 000.00 ÷ 1000 = RM 1000.00. Maka nilaian ini boleh digunakan untuk mendapatkan nilai anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan sekolah yang lain bagi yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk.

·      Cara ini juga boleh digunakan untuk membina sesebuah hospital dengan mengira atau menghitung jumlah katil-katil pesakit, membina sesebuah pawagam dengan mengira banyaknya tempat duduk penonton dan lain-lain lagi yang boleh dikira berdasarkan kiraan penilaian unit.

Iv . KUANTITI NILAIAN HAMPIR (APPROXIMATE QUANTITIES)

·      Cara ini adalah yang paling baik atau yang hampir tepat dari kaedah-kaedah yang terdahulu untuk mencari nilaian secara kasar.

·       Dengan cara ini bahan-bahan kerja dikeluarkan dengan secara kasar dari lukisan-lukisan dan dinilaikan harga-harga mengikut bahan-bahan yang tertentu.

·      Cara-cara ini untuk mengeluarkan bahan-bahan kerja dan memberi harga-harga ke atasnya adalah seperti berikut ;

a.Kerja mengorek parit tidak melebihi 1.5 m dalam – dihargakan bagi satu meter padu

b.Konkrit di dalam asas bangunan termasuk kayu dan papan penyokong dan juga keluli penguat dihargakan bagi satu meter padu.

c.Konkrit untuk lantai tanah (ground floor concrete) termasuk lapisan asas (hardcore) dan hiasan lantai (floor finish) – dihargakan bagi satu meter persegi.

d.Konkrit untuk lantai atas (upper floor) termasuk kayu dan papan penyokong, keluli dan hiasan lantai- dihargakan bagi satu meter persegi.

e.Dinding bata termasuk lepa dan dicat pada kedua-dua permukaan – dihargakan bagi satu meter persegi

f.Kayu-kayu untuk atap atau bumbung dan siling dihargakan bagi satu meter padu

g.Penutup bumbung (roof covering) termasuk kayu beroti (battern)- dihargakan bagi satu meter persegi.

h.Tingkap dan pintu termasuk barang-barang besi (iron mongery), gelas, bingkai (frame) dan cat – dihargakan tiap-tiap satu meter mengikut saiznya.

i.Pertukangan kayu (joinery fitting) seperti almari, papan rak (shelves) dan lain-lain- dihargakan ttiap-tiap satu yang cukup

j.Pemasangan paip (sanitary fitting) termasuk harga paip pada tiap-tiap perkakas (fitting)

k.Pemasangan alat-alat lektrik – dihargakan bagi tiap-tiap satu point

l.Pengaliran najis (soil drainage ) termasuk harga paip, penggalian parit dan lapisan konkrit di bawah – dihargakan bagi satu meter panjang (meter run)

m.Kerja-kerja luar seperti menanam rumput-rumput (turfing) dan memagar (fencing) dan lain-lain

·      Jadi bahan-bahan yang telah dikeluarkan dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan mengikut ukuran-ukuran di dalam unit-unit yang tertentu dan jumlah harga bahan-bahan ini menjadi harga anggaran secara kasar ke atas projek tersebut.





No comments:

Post a Comment