Saturday 30 March 2013

Prinsip Pengukuran

  • Pengukuran adalah proses dimana ukuran bagi item-item binaan diambil dari lukisan yang telah disediakan dan dicatitkan kedalam kertas khas disediakan dan dicatitkan kedalam kertas khas. 
  • Ukuran-ukuran ini kemudian didarabkan dan dicampurkan untuk mendapat kuantiti dalam unit yang ditetapkan.
       Kegunaan utama kerja-kerja pengukuran ialah :


        i ) Untuk menyediakan senarai kuantiti.
       ii ) Untuk menyediakan anggaran kasar kos binaan.
      iii ) Menyediakan rancangan kos bagi cadangan binaan.
       iv) Menyediakan rancangan dan peruntukan sumber
       v ) Untuk menilai laporan bayaran kemajuan
       vi)  Untuk menilai pindaan kerja binaan.


       Proses Pengukuran :
  • Terima lukisan dan lain-lain maklumat yang ada dan kaji berkaitan rekabentuk,saiz, binaan dan mengukur lukisan dan lain-lain.
  • Bagi kerja-kerja arahan pinda kerja atau pengukuran semula pengukuran boleh dilakukan berdasarkan rekod-rekod kerja ditapak bina atau diukur dari kerja yang telah disiapkan. 
  • Pengukuran / taking off ialah proses, dimana dimensi diukur atau dibaca dari lukisan dan dicatitkan diatas kertas khusus dinamakan kertas dimensi.

No comments:

Post a Comment