Saturday, 30 March 2013
Tangga
·
Tangga merupakan
sebahagian penting dalam pembinaan bangunan
·
Tangga merupakan
perhubungan atau laluan naik turun yang mudah antara satu tingkat dengan
tingkat yang lain dalam satu bangunan
·
Pemilihan jenis
tangga bergantung beberapa faktor antaranya ialah :
a)
Kegunaan tangga
b)
Ruang bukaan bagi
tangga yang dibina
c)
Ukuran naik dan
curam yang dikehendaki
·
Rekabentuk yang
paling berkesan dan ekonomi
·
Pembinaan tangga
dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu :
a)
Tangga larian lurus
·
Tangga ini
meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat kepada
satu tingkat yang lain dalam satu arah
·
Untuk tangga
larian lurus yang panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar
perantaraan supaya senang dan selesa untuk didaki
·
Penggunaan tangga
larian lurus memberikan rupa bentuk yang paling mudah dan murah dalam kerja
pembinaan tangga
b)
Tangga suku pusingan
· Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga
yang meningkat naik dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang
membelok sejauh 900 (suku
pusingan ) dipertengahnya
· Ia amat sesuai untuk ruangan yang terhad
c)
Tangga separuh pusingan
· Meliputi dua
deretan anak tangga yang meningkat naik dari lantai bawah ke lantai atas dengan
pelantar yang memusing melalui 1800 (separuh pusingan)
dipertengahnya
·
Kedua-dua deretan
anak tangga adalah selari dan menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk
kedua-dua deretan anak tangga
·
Amat sesuai
sebagai tangga awam terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan pejabat
yang bertingkat
d)
Tangga geometri
· Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga
berterusan yang disusun mengelilingi tupang tengah menjadi satu anak tangga
keliling
· Memerlukan lantai yang kecil tetapi
kegunaannya adalah terhad dan tidak sesuai untuk memindahkan barang – barang besar
seperti perabot kerana kesempitan anak tangga
· Boleh dibina daripada bahan seperti :
a) Kayu
b) Batu
c) Bata
d) Konkrit
e) Konkrit atau logam dan dikemaskan dengan kayu
Kerja Bawah Aras Lantai (WBLFF)
Tujuan asas
ialah untuk:
1. Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggung oleh
tapak tanah yang lebih luas.
2. Mengelak bangunan itu daripada mendap akibat gerakan
atau hakisan.
3. Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan
itu.
4. Menambahkan kestabilan bangunan yang merendahkan pusat
gravitinya inilah sebabnya asas bangunan
dibina ke dalam tanah.
Jenis-jenis asas dan fungsinya
Asas Pad
·
Digunakan
secara meluas kerana kelebihannya dari segi ekonomi dan pembinaan. Asas ini
sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang sederhana
tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan.
·
Pada dasarnya, asas ini dibina
sekurang-kurangnya 600mm tebal tembok. 300mm untuk tembok yang mempunyai
penapak. Manakala tebal konkritnya sama dengan tebal tembok.
Asas Jalur
·
Digunakan
utnuk menyokong dua tiang di mana satu daripadanya terletak berhampiran dengan
garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunan lain yang sedia ada.
Asas Alas Tiang
·
Dikenali juga
sebagai asas pad. Dalam pembinaan ringan yang berangka, asas jenis ini sesuai
digunakan untuk menyokong tiang-tiangnya. Ia terletak di atas lapisan tanah
yang yang mempunyai keupayaaan tanggung yang mencukupi ataupun di atas cerucuk
jika tanahnya jenis tanah gambut.
Asas Bertangga
·
Asas ini
dibuat berupa tangga utnuk menyesuaikan kedudukan tapak yang curam disamping
mengawal kos pembinaan bangunan.
·
Pembinaannya perlu mematuhi peraturan yang
berikut:
- Tiap-tiap anak tangga hendaklah seragam
- Naiknya hendaklah seragam dan sebaik-baiknya tidak melebihi 1 meter
- Cerucuk konkrit diadakan pada hadapan tangga yang paling bawah untuk mencegah asas daripada tergelincir
- Tiap-tiap anak tangga hendaklah seragam
- Naiknya hendaklah seragam dan sebaik-baiknya tidak melebihi 1 meter
- Cerucuk konkrit diadakan pada hadapan tangga yang paling bawah untuk mencegah asas daripada tergelincir
Asas Rakit
· Apabila sesebuah bangunan yang didirikan si atas tanah
yang keupayaan tanggungnya rendah maka beberapa langkah boleh diambil.
· Salah satu langkah yang diamalkan ialah dengan
mengeluarkan tanah yang lembut dari keseluruh tapak dan kemudian membina
konkrit bertetulang pada tapak berkenaan sebagai asas.
· Ia sesuai
digunakan untuk bangunan besar yang berat terutamanya bangunan yang mempunyai
tingkat bawah tanah. Pembinaannya meliputi keseluruhan kawasan bangunan
Asas Cerucuk
· Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain
biasanya alas tiang ataupun rakit.
· Ia terbahagi kepada
dua iaitu;
· Cerucuk
Tanggung -
Cerucuk ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras
berupaya menanggung bebannya. Ia merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak
yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Jarak diantara cerucuk-cerucuk
berdasarkan kepada saiz cerucuk dan bahan yang digunakan.
· Cerucuk
Geseran -
cerucuk ini ditanggung oleh daya geseran diantara tanah dan permukaan cerucuk.
Jarak diantara cerucuk-cerucuk ini hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat
tanah dan bahan cerucuk
·
Kerja ini adalah elemen pertama yang dibuat
dalam pembinaan.
·
Peraturan mengukur dalam elemen ini :
i.
Kerja-kerja penggalian
·
Kerja penggalian ini termasuklah kerja-kerja
penyediaan tapak, penggalian, pembuangan tanah dan penimbusan balik tempat yang
digali. Pengukuran dimulakan dengan memberi keterangan keadaan tanah di mana
kerja-kerja pembinaan akan dilaksankan.
·
Seterusnya, kawasan tapak hendaklah terlebih
dahulu dibersihkan dengan membuang tumbuh-tumbuhan, tunggul-tunggul dan
sebagainya daripada tapak bina sebelum kerja pembinaan dimulakan.
·
Kedalaman penggalian diklasifikasikan adalah :
a)
Tidak melebihi 0.25 meter
b)
1.0 meter
c)
2.0 meter
d)
4.0 meter
·
Kerja penggalian yang terlibat adalah seperti
:
a)
Penggalian asas pad – meter padu (m3)
b)
Penggalian parit untuk asas jalur – meter padu
(m3)
c)
Penggalian untuk rasuk bawah – meter padu (m3)
d)
Penggalian untuk lantai bawah – meter persegi (m2)
ii.
Kerja-kerja konkrit
Kerja konkrit yang terlibat adalah seperti :
a)
Asas –
meter padu (m3)
b)
Tiang Sambut – meter padu (m3)
c)
Rasuk
Bawah – meter padu (m3)
d)
Lantai
Bawah – meter padu (m3)
iii. Acuan
konkrit
·
Acuan konkrit diukur ke atas permukaan siap konkrit iaitu
permukaan acuan yang bersentuh dengan konkrit tanpa apa-apa tambahan untuk
pembaziran dan sebagainya. Acuan konkrit
untuk rasuk bawah diukur hanya sisi sahaja.
·
Semua
kerja acuan ini diukur dalam meter persegi sekiranya tinggi sisi melebihi 1.00
meter tetapi jika tidak melebihi 1.00 meter tinggi,diukur dalam meter linear
dengan menyatakan tinggi dalam kategori tidak melebihi 250mm, 250mm – 500mm dan
500mm - 1.00m.
iv.
Keluli tetulang
a)
Bar tetulang
·
Pengukuran bar tetulang dibuat dalam meter linear dan ditukar ke kilogram atau
tonne.
b)
Tetulang jejaring
·
Pengukuran tetulang ini dibuat dalam meter
persegi dengan menerangkan hal jejaring, berat per meter persegi dan takat
pertindihan sisi dan hujung.
v.
Dinding bata
·
Dinyatakan dalam seksyen G dalam SMM2. Ianya
diklasifikasikan sebagai asas dan diukur berasingan daripada kerja-kerja bata
di bahagian lain.
·
Dinding bata diukur dalam meter persegi dan
tebalnya dinyatakan dalam keterangan.
vi.
Hadkor
·
Ianya merupakan lapisan asas termasuk di dalam
jenis kerja-kerja penambunan untuk menaikkan aras. Sekiranya ketebalan hadkor
melebihi 250mm, kerja ini diukur dalam meter padu. Sekiranya kurang diukur
dalam meter persegi dan dinyatakan purata ketebalannya.
vii.
Membren kalis lembap
·
Pengukurannya dibuat dalam meter persegi
sekiranya lebar tutupannya melebihi 300mm. Jika tutupan kurang daripada 300mm
lebarnya, diukur dalam meter linear dengan dinyatakan kelebarannya di peringkat
150mm.
Subscribe to:
Posts (Atom)