Saturday, 30 March 2013

Kerangka


·         Kerangka bangunan biasanya dibina daripada kayu, konkrit atau keluli.

·         Kerangka terdiri daripada dua komponen utama iaitu :

a)      Tiang
b)     Rasuk

·         Tujuan pembinaan kerangka adalah untuk menggalas beban bangunan dan  menghantarnya ke tanah.

·         Antara pengukuran yang terlibat adalah :

                                i.            Kerja-kerja konkrit
                              ii.            Acuan konkrit
                            iii.            Bar tetulang

         i. Kerja-kerja konkrit
·         Terkandung dalam seksyen F : concrete work ( SMM 2).

·         Penerangan bagi kerja ini melibatkan jenis dan kualiti bahan, ujian yang diperlukan ke atas bahan dan kerja siap dan juga campuran atau kekuatan konkrit.


a)       Kompenan tiang

·         Konkrit untuk tiang diukur dalam meter padu. Isipadu konkrit diperoleh dengan keluasan keratan rentas tiang didarabkan dengan ketinggian tiang. Ketinggian tiang diambil sepenuhnya bermula dari atas rasuk bawah dan menembusi lantai atas sehingga ke aras atas rasuk.

b)     Kompenan Rasuk Atas

·         Konkrit untuk rasuk atas diukur dalam meter padu. Panjang rasuk atas diambil antara sisi tiang. Rasuk kecil diukur sehingga ke sisi rasuk utama. Ketebalan rasuk yang berkembar dengan lantai atas pula diukur dari bawah lantai.

ii. Acuan Konkrit
·         Acuan konkrit diukur ke atas permukaan siap konkrit.

a)      Kompenan tiang

·         Acuan konkrit ke sisi tiang diukur dalam meter persegi dan acuan konkrit dipasang di hujung tiang juga termasuk di dalam item ini.

·         Acuan  konkrit diukur  dengan ukur lilit tiang  didarabkan dengan tingginya untuk memperoleh keluasan acuan konkrit yang diperlukan untuk tiang.

b)     Kompenan rasuk

·         Acuan konkrit ke sisi dan tampang bawah rasuk diukur sekali dalam satu item dan dalam meter persegi.

·         Acuan konkrit ke tampang bawah rasuk dengan ketinggian melebihi 3.50 meter diukur berasingan dan dinyatakan ketinggian dalam peringkat 1.50 meter untuk menunjukkan kos pemasangan yang semakin meningkat.


iii. Bar Tetulang
·         Pengukuran bar tetulang dibuat dalam meter linear dan ditukar kepada kilogram atau tonne.
·         bar tetulang bagi tiang dan rasuk perlu diasingkan .
·         Pengukuran bar tetulang terdiri daripada “ high tensile bar “ dan “ mild tensile”.
·         Kompenan rasuk menggunakan “ stirrups” untuk membuat ikatan pada bar tetulang.











No comments:

Post a Comment