·
Lantai atas yang selalu
digunakan di Malaysia adalah ialah
lantai atas konkrit tetulang.
·
Pengukuran bagi elemen ini
terdiri daripada :
i.
Konkrit
ii.
Acuan konkrit
iii.
Keluli tetulang
i. kerja-kerja konkrit
·
konkrit di situ untuk
lantai atas diukur dalam meter padu.
·
Pengukuran termasuklah rasuk berdiri dan
tebalnya dinyatakan sama ada tidak melebihi
100mm – 150mm, 150mm – 300mm atau melebihi 300mm.
·
Tebal yang dinyatakan
hanyalah untuk tebal lantai sahaja dan tidak termasuk unjuran. Konkrit di situ
untuk lantai atas diukur sepenuhnya dengan menembusi rasuk.
ii. Acuan konkrit
·
Acuan konkrit tampang
bawah lantai atas diukur dalam meter persegi.
·
Acuan ke tampang bawah yang lebih tinggi
memerlukan tupang yang besar dan panjang dan oleh sebab itu, jika ketinggian
tampang bawah melebihi 3.50 meter, pengukurannya dibuat berasingan dengan
menyatakan ketinggian mengikut peringkat 1.50 meter.
·
Sekiranya tebal konkrit
melebihi 200mm, acuan konkrit ke tampang bawah item tersebut diukur berasingan
dalam meter persegi dan tebalnya dinyatakan dalam peringkat 100mm
iii. Bar
tetulang
a) Bar Tetulang
·
klasifikasi bar keluli
untuk lantai atas termasuk juga bar keluli di dalam berkembar, rasuk berdiri,
bendul dan lintal.
·
Bar keluli diukur dalam
kilogram atau tonne.
b) Jejaring Tetulang
·
Jejaring keluli diukur
dalam meter persegi dengan menyatakan jenis jaring berat per meter persegi.
No comments:
Post a Comment