Saturday, 30 March 2013

Pengenalan Anggaran Kos II


HARGA UNIT (UNIT RATES)
Pada dasarnya tiap-tiap harga unit termasuk harga-harga seperti berikut :

a.Buruh
b.Harga bahan-bahan
c.Penggunaan jentera atau peralatan
d.Keuntungan

·      Tetapi tidak kesemua empat-empat faktor yang tersebut yang mesti digunakan untuk mendapat harga unit. Kadangkala, Cuma faktor-faktor seperti buruh dan keuntungan sahaja yang boleh digunakan seperti mencari harga unit bagi satu-satu penggalian dengan tangan.

·      Cuma faktor-faktor seperti buruh, bahan-bahan dan keuntungan sahaja yang boleh digunakan untuk menerap batu-bata.


a)      BURUH

·      Bayaran harga buruh ialah upahan kepada seseorang pekerja setelah ia menyempurnakan sesuatu pekerjaan.

·       Sebagai contoh, seseorang pemborong memberi bayaran kepada pekerjanya atau dipanggil upah. Bayaran atau upah buruh ini berbeza dari segi pembayarannya menikut kemahiran seseorang pekerja itu.

Misalnya :

TUKANG (CRAFTSMAN OR MASON)

·      Orang yang mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan dalam dalam pelbagai segi pertukangan seperti pertukangan kayu (carpentry), tukang menerap bata (bricklayer), tukang memasang paip (plumber) dan lain-lain lagi.

·      Mereka dibayar upah diantara RM 40.00 hingga RM 80.00 dalam satu hari 8 jam bekerja. Tetapi bayaran ini berubah dari masa ke semasa.

BURUH BIASA (LABOURER)

·      Orang yang separuh mahir atau tidak mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan seperti pembancuh simen, orang yang mengangkat batu-bata, simen atai besi dan lain-lain. Seseorang buruh biasanya dibayar lebih RM 30.00 sehari bagi 8 jam bekerja.

 
KEPALA KERJA (FOREMAN)

·      Orang yang ditugaskan untuk mengendalikan atau menyelia kerja-kerja di tapak pembinaan bagi pihak pemborong. Semua bayaran baginya selalunya diperuntukan didalam jumlah pengurusan syarikat pemborong yang berkenaan.

     ANGKATAP BURUH (LABOUR CONSTANT)

·      Angkatap buruh ertinya masa yang diambil oleh seseorang buruh untuk menyiapkan sesuatu kerja. Angkatap buruh ini adalah satu faktor yang tidak boleh ditetapkan dengan tepat tetapi hanya didapati dengan hanya mencari hitungan panjang masa selepas membuat beberapa kajian.

·      Misalnya si Ali boleh menggali satu meter padu tanah dalam masa 2 jam, tetapi si Abu boleh juga boleh membuat kerja yang sama dalam masa 1 ½ jam. Ini bermakna sesuatu pekerjaan itu tidak boleh disiapkan atau dikendalikan pekerja-pekerja dalam dalam masa yang sama atau tertentu.

·      Oleh yang demikian seseorang pemborong boleh mendapat keuntungan lebih jika sekiranya ia menggunakan tenaga si Abu. Sebab bayaran untuk si Abu (boleh bekerja 1 ½ jam ) adalah kurang daripada bayaran si Ali.


b)     KADAR HARGA BAHAN-BAHAN

Faktor-faktor seperti berikut hendaklah diberi perhatian di dalam menentukan harga bahan-bahan :

i. Harga asal bahan-bahan (nett cost if materials)
ii. Bayaran pengangkutan (delivery charge)
iii. Harga menyimpan (storage cost)
iv. Pembaziran (waste)

·      Harga asal bahan-bahan didapati berubah dari satu masa ke semasa dan juga berubah dari tempat ke satu tempat.

·       Oleh kerana itu, apabila membuat anggaran hendaklah menggunakan harga pasaran semasa dalam peredaran pada ketika itu.

·       Harga pasaran bahan-bahan ini boleh didapati dari pekedai-pekedai, majalah-majalah dan lain-lain.


c)      PENGGUNAAN PERALATAN

·      Apabila menjalankan sesuatu projek pembangunan besar, kebanyakkan pemborong-pemborong menggunakan alat-alat yang bersangkutandengan pekerjaan tersebut.

Alat-alat tersebut yang digunakan terbahagi kepada dua jenis iaitu :

i.Alat-alat yang tidak berjentera
ii.Alat-alat yang berjentera


d)     KEUNTUNGAN (PROFIT)

·      Setelah dikira tiap-tiap harga unit untuk bahan-bahan, buruh-buruh dan peralatan, hendaklah juga difikirkan tentang keuntungan yang berpatutan.

·      Keuntungan ini dikira dengan menggunakan peratus (percentage) ke atas jumlah kegunaan bahan-bahan dan upah buruh. Keuntungan yang ditambah ini dipanggil keuntungan kasar (gross profit).

 Keuntungan kasar ini termasuk :

i. Keuntungan bersih (nett profit)

ii.Harga pengurusan syarikat pemborong


e)      MESIN (MACHINE)

·      Pada masa ini boleh dikatakan semua projek-projek pembinaan bangunan dan kejuruteraan menggunakan mesin supaya langkah-langkah untuk membina dapat dijalankan dengan lancar dan cepat.

·      Sebelum membuat anggaran atau taksiran ke atas mesin yang hendak digunakan, pemborong hendaklah terlebih dahulu mengetahui sejauh mana muatan atau kemampuan sesebuah mesin itu boleh membuat sesuatu pekerjaan dalam masa yang ditentukan.

·      Misalnya, jika sesebuah mesin itu tidak boleh membuat kerja dan hasil pekerjaan itu tidak memuaskan pada masa yang ditentukan maka tidak ada gunanya menyewa mesin tersebut. Unit pengukuran (unit of measurement) ke atas mesin-mesin atau alat-alat jentera adalah seperti berikut:

a.Pengorek atau mesin
b.Lori
c.Pembuang tanah (dumper)
d.Terak (truck)

·      Ukuran muatannya berdasarkan isi padu. Misalnya sebuah lori boleh membawa 4 m padu bahan (seperti pasir dan tanah)




No comments:

Post a Comment