- Perkembangan pesat industri pembinaan bangunan , kilang - kilang dan perumahan memerlukan ramai tenaga profesional dalam bidang ukur bahan .
- Peranan ukur bahan amat penting dalam menjayakan setiap aktiviti pembinaan .
- Seseorang juruukur bahan terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan dan kontrak binaan dari peringkat awal sehingga ke peringkat penyelesaian akaun terakhir
- Juruukur bahan sentiasa bekerjasama dengan kumpulan perunding rekabentuk bagi memastikan kejayaan sebuah projek binaan .
- Antara tugas yang dijalankan oleh ukur bahan termasuk memberi nasihat diperingkat perancangan tentang kos yang terlibat dalam pembangunan yang dicadangkan . Mereka juga menyediakan kajian untuk menyelidik samada perancangan bangunan itu akan menguntungkan atau merugikan .
- Juruukur bahan juga bekerjasama dengan kumpulan pereka bentuk bagi menentukan setiap elemen bangunan yang dicadangkan itu berpadanan dengan peruntukan kewangan , disamping menyediakan penamat bagi setiap projek pembinaan .
- Khusus yang ditawarkan di universiti atau politeknik bertujuan melatih dan mengeluarkan juruukur bahan dan pembantu teknik juruukur bahan yang cekap dan bertanggungjawab kepada masyarakat
- Khusus ini membawa pelajar mengenali dan memahami peranan setiap ahli kumpulan binaan yang berkaitan dengan kerja - kerja binaan seperti juruukur bahan , arkitek , jurutera struktur , elektrik & mekanikal , kontraktor dan pembekal .
- Peluang pekerjaan dalam bidang ukur bahan amat cerah . Sejak kebelakangan ini jumlah permintaan terhadap juruukur bahan melebihi penawaran yang dapat dikeluarkan oleh politeknik dan universiti tempatan .
Saturday, 30 March 2013
Pengenalan Kerjaya QS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
very good note and helping...
ReplyDeleteSelamat sejahtera..tuan/puan, saya pelajar ukur bahan..bagi tujuan pembelajaran,saya memerlukan plan bagi bangunan jenis industrial building..jika pihak tuan/puan ada plan dn bq yang berkaitan dengan industrial building, bolehkah emailkan kepada saya?
DeleteSelamat sejahtera..tuan/puan, saya pelajar ukur bahan..bagi tujuan pembelajaran,saya memerlukan plan bagi bangunan jenis industrial building..jika pihak tuan/puan ada plan dn bq yang berkaitan dengan industrial building, bolehkah emailkan kepada saya?
Delete